Kerjasama Termeterai dengan TWI Technology (S.E.Asia)
Sekali lagi ADTEC Batu Pahat mengorak langkah ke hadapan bersama ILP Perai melalui ikatan Kerjasama Program Latihan Kemahiran Dalam Bidang Kimpalan dengan TWI Technology (S.E.Asia) Sdn Bhd bagi tempoh 3 tahun. Detik bermakna ini disempurnakan oleh pengurusan atasan agensi berikut yang disaksikan oleh YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia dan Ms. Connie Luk yang merupakan Financial Controller, Non โ UK Subsidiaries, TWI pada 20 November di premis TWI.
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฃ๐ค๐ก๐ค๐๐ฎ
โข Pn. Anizar binti Abu Bakar, Director
โข Pn. Kamariah binti Zainuddin, Business Development Manager
๐ผ๐ฟ๐๐๐พ ๐ฝ๐๐ฉ๐ช ๐๐๐๐๐ฉ
โข Tn. Ts. Hj. Sarman bin Hj. Rawan, Pengarah
โข Tn. Ts. Ismail bin Sukeeman, Timbalan Pengarah Latihan
๐๐๐ ๐๐๐ง๐๐
โข Tn. Ts. Hj. Yuslan bin Yasok, Pengarah
โข En. Mohd Azmir bin Ahmad, Timbalan Pengarah Latihan
Hubungan kolaborasi ini yang terjalin seawal tahun 2011 telah melahirkan lebih 500 orang tenaga mahir negara bidang kimpalan yang dilengkapi dengan nilai tambah CSWIP 3.0 Visual Welding Inspector, iaitu satu persijilan professional yang diiktiraf di peringkat global.ย Majlis ini juga membuktikan satu bentuk pembaharuan dan pengukuhan kolaborasi yang telah tamat pada tahun 2019 bagi memastikan latihan bidang kimpalan selari dengan keperluan industri semasa.
Majlis tidak berakhir begitu sahaja kerana beberapa aktiviti telah diaturkan bagi menyerikan detik bermakna sebelum bersurai, iaitu :
1. Penyerahan Sijil CSWIP 3.0 Visual Welding Inspector batch Oktober 2024 kepada Pengarah ADTEC Batu Pahat
2. Pertukaran cenderahati di antara 3 agensi
3. Lawatan tapak dan demonstrasi
ย ย a. Augmented Reality Training Lab
ย ย b. Plastic Welding Lab
ย ย c. Diving Centre
4. Sesi Bergambar
5. Minum Petang
Berikut merupakan wakil agensi yang turut hadir sama menyaksikan detik bersejarah ini :
โข Mr. Dean Mallaburn, Global Product & Regional Programme Manager, TWI
โข Pn. Hjh. Junnaina binti Husin Chua, Pengarah Bahagian Penyelidikan & Perancangan, JTM
โข En. Mohd Saiful Amri bin Ahmad, Ketua Bahagian Teknologi Kimpalan, ADTEC Batu Pahat
โข Tn. Hj. Abdul Rahim bin Md Tahir, Ketua Jabatan Teknologi Kimpalan, ILP Perai
โข Pn. Ts. Nur Azua binti Rahim, Penolong Pengarah CESS, ADTEC Batu Pahat
โข Pn. Zaitul Iradah binti Mahid, Ketua Jabatan Teknologi Automotif, ILP Perai
โข Pn. Poovaneswari Elumalai, Penolong Pengarah CESS, ILP Perai
โข En. Mohd Haniff bin Omar, Pegawai CESS, ADTEC Batu Pahat
โข En. Azrul Hisam bin Abdul Aziz, Pengajar Teknologi Kimpalan, ADTEC Batu Pahat
โข En. Syafiq Ab Wahab, Pegawai Unit Jalinan Industri, JTM
dan Warga TWI
Semoga kerjasama ini dapat memperkasakan graduan TVET bidang kimpalan yang memenuhi piawaian antarabangsa serta menjadi pilihan utama dalam projek mega dalam menyokong pertumbuhan sektor kritikal seperti minyak & gas, pembinaan dan aeroangkasa.
ย