msarenja

ADTEC Batu Pahat Juara Youth Robot Challenge 2022


ADTEC Batu Pahat, 4 Ogos 2022
- Pasukan robot JOTOS 3 ADTEC Batu Pahat mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan pasukan robot TUMPO IKTBN Chembong di peringkat akhir Pertandingan Youth Robot Challenge 2022 (Y-RoboC'22) seterusnya diangkat sebagai Juara bagi Kategori 8KG Rumble. Kemenangan ini membolehkan ADTEC Batu Pahat Pahat membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000.00 beserta trofi dan sijil anugerah. Hadiah dan trofi disampaikan oleh Yang Berhormat Senator Dato' Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam Majlis Perasmian Penutup yang telah diadakan di IKTBN Bukit Mertajam pada 24 Julai 2022, baru-baru ini. 

Pertandingan Y-RoboC'22 telah berlangsung di IKTBN Bukit Mertajam selama tiga hari bermula pada 22 hingga 24 Julai 2022. Lebih daripada 80 penyertaan terdiri daripada 114 pasukan robotik dan lebih 500 peserta dikalangan pelajar sekolah, IPTA, IPTS, ILKA dan ILKS seluruh Malaysia telah menyertai kejohanan kali ini. Terdapat 4 kategori utama yang dipertandingakan iaitu kategori terbuka 5KG Tower Conquer, 8KG Rumble, 16KG Multibot dan kategori tertutup Autonomous Agro Robot.

Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding dan pihak penganjur.

 

-- Gambar --