msarenja

ADTEC Batu Pahat Mara ke Peringkat Akhir WSMB dan WSMP


ADTEC Batu Pahat, 14 Julai 2022
- ADTEC Batu Pahat berjaya mara ke peringkat akhir Pertandingan WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP) dan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2022. Keputusan tersebut boleh disemak menerusi portal https://www.skillsmalaysia.gov.my/. Cabaran ADTEC Batu Pahat di peringkat akhir WSMP selepas ini akan diteruskan oleh Encik Abdul Rahim bin Kasiman, pensyarah dari Bahagian Teknologi Mekatronik, yang akan bertanding dalam bidang Elektronik. Manakala saudara Muhamad Daniel Aieman dan saudara Mohamad Hazrol Nizam, pelajar dari kursus Teknologi Mekatronik akan bersaing di peringkat akhir WSMB dalam bidang Mekatronik. Semoga ketiga-tiga wakil ADTEC Batu Pahat ini berjaya di peringkat akhir seterusnya membawa pulang pingat Emas atau Platinum yang akan melayakkan peserta untuk menerima Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2022.

 

-- Gambar --