ADTEC Batu Pahat, 25 November 2021
 - Seramai 6 orang pegawai dan kakitangan dari Bahagian Teknologi Minyak & Gas (Mekanikal) ADTEC Batu Pahat telah mengadakan lawatan penanda aras sebanyak dua (2) kali sepanjang bulan November ini. Destinasi lawatan pertama ialah Jabatan Kejuruteraan Petrokimia, Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Muar, Johor iaitu pada 16 November 2021. Kemudian disusuli dengan lawatan kedua ke Program Teknologi Gas, Institut Kemahiran MARA (IKM) Johor Bahru, Johor pada 23 November 2021. Kedua-dua lawatan ini turut disertai oleh Timbalan Pengarah Latihan ADTEC Batu Pahat, Encik Ismail bin Sukeeman.

Menurut Ketua Bahagian Teknologi Minyak & Gas (Mekanikal) iaitu Pn. Hjh. Marina binti Sukor, lawatan ini dirancang bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan pelaksanaan latihan dan pengurusan bengkel di kedua-dua tempat yang dilawati. Beliau juga berharap, menerusi lawatan ini secara tidak langsung dapat mendedahkan barisan pengajar ADTEC Batu Pahat khususnya pengajar dari Bahagian Teknologi Minyak & Gas (Mekanikal) kepada amalan pengurusan bengkel minyak dan gas serta mendapatkan input-input terkini dan inovatif dalam melaksanakan latihan TVET.

 

-- Gambar Sekitar Lawatan --