ADTEC Batu Pahat, 23 Februari 2022 - Seramai 11 orang peserta telah menghadiri Bengkel Asas Microcontroller Menggunakan Arduino Uno dan Aplikasi MAKE untuk Android di ADTEC Batu Pahat pada 21 hingga 23 Februari 2022. Kursus tiga hari yang berakhir hari ini dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Mekatronik. Menerusi kursus ini, para peserta diberi pendedahan kepada asas kawalan Arduino Uno selain berpeluang menjalani latihan secara praktikal dalam pengaturcaraan robot line following. Tahniah kepada semua peserta dan juga kepada tenaga pengajar, En. Abd Rahim bin Kasiman yang telah berkongsi ilmu dan kepakaran.
-- Gambar Kursus --
![]() |
![]() |