Pengenalan
Program Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) (DFPP04) diwujudkan bagi memenuhi keperluan meluas pekerjaan dalam sektor industri pembuatan. Bidang ini menggabungkan latihan dalam bentuk teori dan praktikal yang menekankan kemahiran dalam pengendalian mesin konventional, mesin CNC, perisian CADCAM dan penghasilan jig & fixture. Pelajar akan didedahkan secara mendalam berkaitan penggunaan mesin larik, mesin kisar, mesin canai samada dalam bentuk konventional atau CNC. Pelajar juga akan didedahkan dengan penggunaan perisian CADCAM dan rekabentuk & pembuatan Jig Fixture. Di akhir program, pelajar dijangka akan dapat menguasai kemahiran menghasilkan program CNC, jig fixture dan komponen-komponen berketepatan tinggi dengan menggunakan mesin-mesin CNC dan perisian CADCAM yang dipelajari.
Syarat Am Kemasukan
Berumur 17 hingga 35 tahun
Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Syarat Khas Kursus
Memenuhi Syarat Am Kemasukan (Sila rujuk syarat am di atas);
Memiliki SPM dengan:
(a) Lulus Bahasa Melayu;
(b) Lulus Matematik/ Matematik Tambahan;
(c) Lulus Sejarah ; dan
(d) Lulus satu (1) subjek lain selain (a),(b) dan (c)
Kaedah & Tempoh Latihan
Kaedah latihan berasaskan kemahiran merangkumi 60% amali dan 40% teori
Tempoh latihan ialah 3 Tahun (5 semester latihan di institut dan 1 semester latihan di industri)
Yuran Pengajian
Yuran Pengajian - RM 3,000.00 setahun
Yuran Asrama - RM 616.00 setahun
Bayaran lain yang dikenakan semasa hari pendaftaran - anggaran RM 600 hingga RM 750 (one-off)
Pinjaman Latihan
Kemudahan pinjaman latihan disediakan (bagi yang layak) dengan memohon melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Persijilan
Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan dua (2) persijilan iaitu:
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) - ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) - ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Peluang Kerjaya
Graduan program Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) berpeluang menceburi kerjaya sebagai;
Penolong Jurutera/Juruteknik Pembuatan
Penolong Jurutera/Juruteknik Programmer CNC
Penolong Jurutera/Juruteknik Mesin CNC
Penolong Jurutera / Juruteknik CADCAM
Penolong Pegawai Latihan Vokasional
Lain-lain pekerjaan berkaitan.
Kemudahan/ Fasiliti
Antara kemudahan/ fasiliti yang disediakan ialah:
Makmal CAD Drafting
Makmal CAD/CAM
Makmal NX CADCAM Simulation
Makmal CMM
Makmal Projek
Bengkel CNC
Bengkel Conventional
Bilik Seminar
Kurikulum
Kurikulum Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) (VK03) menawarkan kursus-kursus berikut:
Semester 1 | Semester 2 | Semester 3 |
---|---|---|
|
|
|
Semester 4 | Semester 5 | Semester 6 |
---|---|---|
|
|
|