Alt Text

A18
SIJIL MINYAK & GAS (MEKANIKAL)

Program Sijil Teknologi Minyak dan Gas (Mekanikal Loji-Downstream) bagi Kod Program A18 adalah program khusus yang ditawarkan kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan.

Pengenalan

Program Sijil Teknologi Minyak dan Gas (Mekanikal Loji-Downstream) (A18) adalah merupakan program pensijilan minyak dan gas yang mapan dan diiktiraf secara meluas, memberi peluang kepada pelajar dalam mengembangkan pengetahuan dan kemahiran serta kemajuan dalam kerjaya. Kursus ini dirancang untuk mengintegrasikan konsep pembelajaran berdasarkan kompetensi dimana para pelajar diberi pendedahan berkenaan penyelenggaraan peralatan minyak dan gas, servis, kerja-kerja rigging dan slinging, melukis paip, dan juga pengurusan organisasi. Kursus ini mendedahkan para pelajar untuk melaksanakan tugas berdasarkan persekitaran kerja sebenar. KursusTeknologi Minyak dan Gas (Mekanikal Loji-Downstream) menggabungkan elemen-elemen penting dengan aspek teori dan amali dalam penyelenggaraan kilang, termasuk latihan langsung menggunakan pendekatan kerja berpasukan yang dipraktikkan dalam industri minyak dan gas.

Syarat Am Kemasukan
  1. Berumur 17 hingga 35 tahun

  2. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Syarat Khas Kursus
  1. Memenuhi Syarat Am Kemasukan (Sila rujuk syarat am di atas).

  2. Tamat Tingkatan 5.

  3. Boleh Membaca, Menulis, Mengira.

  4. Lulus 3 subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM):-

    (a) Bahasa Melayu;

    (b) Matematik/ Matematik Tambahan; dan

    (c) Sejarah

Kaedah & Tempoh Latihan
  1. Kaedah latihan berasaskan kemahiran merangkumi 70% amali dan 30% teori

  2. Tempoh latihan ialah 2 Tahun dan 3 Bulan (4 semester latihan di institut dan 3 bulan latihan di industri)

Yuran Pengajian
  1. Yuran Pengajian - Percuma

  2. Yuran Asrama - Percuma

  3. Bayaran lain yang dikenakan semasa hari pendaftaran - anggaran RM 600 hingga RM 750 (one-off)

Elaun

Pelajar bagi program Sijil akan diberi elaun sebanyak RM 100 sebulan (sepanjang tempoh latihan di institut) dan RM300 sebulan (sepanjang tempoh latihan industri)

Pinjaman Latihan

Kemudahan pinjaman latihan disediakan (bagi yang layak) dengan memohon melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

Persijilan

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan dua (2) persijilan iaitu:

  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) - ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

  2. Sijil Teknologi Minyak dan Gas (Mekanikal) - ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Peluang Kerjaya

Graduan program Sijil Teknologi Minyak dan Gas (Mekanikal) berpeluang menceburi kerjaya sebagai;

  • Juruteknik Loji Mekanikal (dalam industri Minyak, Gas & Petrokimia)

  • Operator Pemeriksaan

  • Rigger

  • Lain-lain pekerjaan berkaitan.

Kemudahan/ Fasiliti

Antara kemudahan/ fasiliti yang disediakan ialah:

  • Bengkel Kerja Konvensional

  • Makmal Pengujian

  • Bilik Seminar

  • Bilik Tutorial

Kurikulum

Kurikulum Sijil Teknologi Minyak dan Gas (Mekanikal) (A18) menawarkan kursus-kursus berikut:

Semester 1

Semester 2

Semester 3

Semester 4

  • Fundamental of Safety Oil & Gas

  • Engineering Drawing

  • Workshop Practice

  • Rigging and Slinging

  • Piping Equipment Isolation

  • Fundamental of Rotating Equipment

  • Statistical Control Activities

  • Plant Piping Maintenance

  • Pressure Relieving Devices Maintenance

  • Static Equipment Maintenance

  • Mechanical Transmission Maintenance

  • Rotating Equipment Maintenance

  • Non-Destructive Testing for Static Equipment

  • Mechanical Transmission Overhaul

  • Pump Overhaul

  • Compressor Overhaul

  • Rotating Equipment Condition Base Monitoring

  • Instrument Installation & Maintenance

  • Internal & External Combustion Overhaul

  • Static Equipment Works Supervision

  • Supervisory Management

  • Inventory Management