SOALAN 1 | APAKAH SYARAT KELAYAKAN MINIMUM UNTUK MEMOHON KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH ADTEC BATU PAHAT ?
SYARAT AM KEMASUKAN :
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur 17 hingga 35 tahun;
3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat mengikut kursus);
4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan (bagi kursus bertanda #);
5. Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi
pembelajaran. Sila Rujuk Garis Panduan Kemasukan Bagi Calon OKU
SYARAT KHAS KURSUS :
Bagi Lepasan SPM untuk ke Peringkat Diploma :
1. Memenuhi Syarat Am Kemasukan (Sila rujuk syarat am di atas);
2. Memiliki SPM dengan:
a. Lulus Bahasa Melayu;
b. Lulus Matematik/ Matematik Tambahan;
c. Lulus Sejarah ; dan
d. Lulus satu (1) subjek lain selain (a),(b) dan (c)
Bagi Lepasan SKM atau Setaraf ke Peringkat Diploma :
1. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan.
2. Lulus dalam temuduga yang dijalankan.
Bagi Lepasan SPM ke Peringkat Sijil :
1. Memenuhi Syarat Am Kemasukan (Sila rujuk syarat am di atas);
2. Tamat Tingkatan 5;
3. Boleh Membaca, Menulis, Mengira.
SOALAN 2 | BERAPA LAMAKAH TEMPOH PENGAJIAN BAGI KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN DI ADTEC BATU PAHAT ?
Bagi Lepasan SPM atau Setaraf
Tempoh pengajian selama 3 Tahun iaitu:
- 2 Tahun 6 Bulan (Latihan di ADTEC Batu Pahat) dan
- 6 Bulan (Latihan Industri)
Bagi Lepasan SKM atau Setaraf
Tempoh pengajian selama 1 Tahun 6 Bulan iaitu:
- 1 Tahun (Latihan di Batu Pahat) dan
- 6 Bulan (Latihan Industri)
**ADTEC Batu Pahat menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar sehingga di akhir pengajian sebelum menjalani Latihan Industri (LI) dihujung semester.
SOALAN 3 | BERAPAKAH YURAN YANG DIKENAKAN UNTUK MEMASUKI ADTEC BATU PAHAT ?
Bagi pengajian diperingkat Sijil, yuran pengajian dan yuran asrama adalah percuma. Manakala bagi pengajian diperingkat Diploma pula, yuran pengajian dan yuran asrama yang perlu dibayar adalah berjumlah lebih kurang RM3700.00 setahun.
Manakala makan/minum disediakan secara PERCUMA kepada semua pelajar. Pinjaman akan didaftarkan dibawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dibawah pentadbiran Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Mulai tahun 2014, pihak PTPK bersetuju untuk menambah Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar dari RM 300 sebulan ke RM 400 sebulan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Pihak ADTEC Batu Pahat akan membantu urusan pemohonan pinjaman tersebut sebaik sahaja para pelajar mendaftar di ADTEC Batu Pahat.
SOALAN 4 | BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMOHON MASUK KE ADTEC BATU PAHAT ?
Sesi kemasukan ke ADTEC Batu Pahat dijalankan 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai setiap tahun. Pemohonan boleh dibuat melalui UPU online iaitu www.upu.mohe.gov.my atau melalui laman web Jabatan Tenaga Manusia (JTM) iaitu www.jtm.gov.my.
Permohonan hanya boleh dibuat secara online. Iklan kemasukan boleh dirujuk di media cetak dan media elektronik.
Pemohon juga boleh menghubungi pihak ADTEC Batu Pahat melalui Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) untuk maklumat lanjut di talian 07-4285311 atau 07-4286949 atau boleh juga emelkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
SOALAN 5 | ADAKAH PENGIKTIRAFAN YANG TELAH DIPEROLEHI OLEH ADTEC BATU PAHAT ?
1. Mendapat pengiktirafan dari Malaysia Qualification Agency (MQA) untuk program Diploma Teknologi Kejuruteraan
2. Mendapat pengiktirafan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
3. Menjalankan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Pelaksanaan Pengurusan Pemberian Perkhidmatan Latihan Kemahiran Teknikal
SOALAN 6 | BAGAIMANAKAH PELUANG KEBOLEHPEKERJAAN BAGI GRADUAN ADTEC BATU PAHAT ?
Peluang pekerjaan bagi graduan ADTEC Batu Pahat terbuka luas samada didalam sektor awam ataupun swasta kerana bakal graduan yang dilahirkan adalah yang berdaya saing dan berkemahiran.
SOALAN 7 | BAGAIMANAKAH PELUANG GRADUAN ADTEC BATU PAHAT UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT IJAZAH ?
Pengajian di ADTEC Batu Pahat peringkat Diploma telah mendapat akreditasi penuh oleh MQA dan JPK, maka dengan itu, graduan ADTEC Batu Pahat adalah LAYAK untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di universiti tempatan mahupun diluar negara dengan pengecualian kredit bagi subjek-subek tertentu.
Sekiranya terdapat lain-lain soalan boleh majukan pertanyaan melalui menu e-maklumbalas atau emelkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..