1. Kursus Jangka Pendek
  2. Latihan Industri
  3. Kerjasama Industri
  4. Hubungi Kami

 

Pengenalan & Objektif


Memberi peluang latihan kepada pekerja-pekerja industri yang ingin meningkatkan hasil kerja serta kualiti diri agar kebolehan mereka dapat memenuhi keperluan syarikat dan perkembangan teknologi semasa.

 

Pengendalian Kursus


  • Semua kursus jangka pendek ini dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), Kementerian Sumber Manusia.
  • Semua kursus dijalankan secara sambilan (part-time) dan hujung minggu.
  • Senarai kursus yang ditawarkan dan tempoh masa bagi setiap kursus adalah seperti di dalam Jadual Kursus (Modular) yang dikemaskini pada setiap tahun. Tarikh kursus adalah bergantung kepada jumlah permohonan bagi sesuatu kursus.
  • Namun, peserta yang berminat untuk kursus 'Customised' boleh memohon secara berkumpulan dan mecadangkan tarikh dan jangkamasa waktu untuk kursus terbabit dengan perbincangan bersama pihak institut.

 

Bidang Kursus


  • Kursus Jangka Pendek (Modular) ditawarkan merangkumi bidang Mekanikal, Elektrik, Komputer dan Multimedia. Kursus ini dijalankan pada hujung minggu.
  • Kursus Khas (Customised) juga ditawarkan atas permintaan syarikat berdasarkan latihan-latihan khas yang diperlukan. Kurikulum, lokasi dan jadual latihan ditentukan mengikut persetujuan dan kesesuaian pihak syarikat dan institut.

 

Persijilan


Peserta-peserta yang telah mengikuti kursus serta memenuhi syarat-syarat kursus yang ditetapkan, akan menerima Sijil Kursus Meninggikan Kemahiran.

 

Tuntutan Kemalangan


Peserta-peserta kursus dikehendaki mengisi dan menandatangani Borang Indemniti (Pelepasan). Pihak Institut adalah bebas dari sebarang tuntutan dan dakwaan bersabit dengan apa jua kecederaan akibat kemalangan yang berlaku semasa mengikuti kursus.

 

Kemudahan Penginapan


Pihak institut tidak menyediakan kemudahan penginapan.

 

Insentif Kepada Majikan


Majikan-majikan yang menaja pekerja-pekerja mereka untuk mengikuti kursus di Institut ini adalah layak untuk membuat tuntutan Pelepasan Cukai Dua Kali ATAU tuntutan bayaran balik kursus daripada pihak Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau lebih dikenali sebagai Human Resources Development Fund (HRDF).

 

Yuran Kursus


Kadar yuran adalah tertakluk kepada jenis kursus yang diikuti seperti di dalam Jadual Kursus.

 

Permohonan Kursus


Permohonan kursus boleh dibuat secara atas talian melalui Sistem eKJP atau boleh hubungi :

Unit Khidmat Sokongan Komuniti dan Pekerjaan (CESS)
KM8, Jalan Tanjung Laboh,
83000 Batu Pahat,
Johor.

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Telefon: 07-4287949

Pengenalan


Menghadiri serta menjalani Latihan Industri adalah dianggap sebagai suatu pendedahan yang amat penting dan berguna bagi semua pelajar.Sehubungan dengan itu, para pelajar yang bakal memasuki pasaran pekerjaan, wajar sekali diberi pendedahan awal terhadap beberapa elemen penting yang berkait rapat dengan alam pekerjaan serta teknologi terkini. Pengalaman bekerja melalui pendedahan sebenar suasana di industri sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dalam menyesuaikan diri apabila menyertai alam pekerjaan kelak.

 

Objektif


Objektif latihan industri yang diwajibkan kepada pelajar semester akhir adalah:

  • Untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berhubung dengan suasana pekerjaan sebenar, etika kerja serta pendedahan kepada teknologi
    terkini yang digunapakai oleh pihak industri.
  • Membolehkan semua kemahiran yang telah para pelajar perolehi dapat digunapakai, disamping menimba pengalaman baru di industri.
  • Memberi peluang kepada pihak industri serta Panel Jawatankuasa Penasihat Teknikal ILJTM untuk membuat penilaian terhadap tahap dan kualiti latihan yang dijalankan seterusnya memberi cadangan untuk menambahkan kurikulum latihan yang dijalankan seterusnya bagi memenuhi keperluan pihak industri agar ianya selari dengan perubahan teknologi.
  • Sebagai salah satu media untuk memperkenalkan ILJTM serta produk ILJTM kepada sektor industri yang berkaitan.
  • Untuk membolehkan para pelajar menimba pengalaman dan pengetahuan melalui penglibatan secara langsung dalam berbagai skop pekerjaan diindustri seperti perancangan, rekabentuk, pembinaan dan pentadbiran projek.
  • Memberi pendedahan serta pengalaman kepada para pelajar menulis atau membuat laporan teknikal yang lengkap dan teratur.

 

Pegawai Untuk Dirujuk


Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan keperluan tenaga mahir di ADTEC Batu Pahat, sila hubungi pegawai seperti di bawah :

1. Pn. Elmi Yusnita binti Ramli
2. Pn. Dora binti Mahat

Pengenalan


Sejajar dengan hasrat Kerajaan dalam Teras Strategik ke-5 Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) untuk meneruskan agenda menghasilkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan memiliki sikap positif untuk terus maju dalam ekonomi global, JTM dan ILJTM terus memperkukuhkan hubungan dengan pihak luar seperti syarikat-syarikat swasta, agensi/jabatan kerajaan, IPTA/IPTS serta organisasi-organisasi yang terdapat di Malaysia bagi mencapai hasrat kerajaan iaitu menghasilkan modal insan bertaraf dunia yang diperlukan Malaysia untuk menjadi negara maju pada 2020.

 

Memorandum Persefahaman (MOU)


  • Kenyataan hasrat kerjasama antara JTM dengan syarikat swasta/agensi kerajaan/IPT.
  • Kerjasama dalam pelbagai bidang berkaitan latihan, perkongsian teknologi, Blue Ocean Strategy (BOS), pembangunan sumber manusia dan lain-lain.
  • Skop kerjasama memberi impak yang besar kepada Jabatan dan Institut.

 

Kerjasama Pintar (Smart Partnership)


  • Kenyataan hasrat kerjasama antara ILJTM dengan syarikat swata/agensi kerajaan/lPT.
  • Kerjasama dalam pelbagai bidang berkaitan penempatan latihan industri, perkongsian teknologi & pembangunan pengajar yang bersifat domestik.
  • Skop kerjasama memberi impaktinggi kepada institut berkaitan.

 

Training cum Production (TCP) / Teaching Factory (TF)


  • Training cum Production (TCP) merupakan satu perkhidmatan kepakaran yang disediakan oleh ILJTM kepada individu atau syarikat selain daripada latihan sepenuh masa dan kursus separuh masa.
  • Teaching Factory (TF) merupakan suatu konsep pembelajaran di ILJTM yang berasaskan industri yang merujuk kepada standard dan prosedur sebenar di industri. Pelaksanaan TF di ILJTM mampu mendedahkan para pelajar dengan keperluan dan suasana di industri.
  • Perkhidmatan TCP/TF bolem merangkumi empat (4) perkara berikut:
  • (a) Sewaan mesin;
    (b) Khidmat nasihat;
    (c) Pembuatan produk; dan
    (d) Kerja-kerja servis, pendawaian dan pembinaan

 

Pegawai Untuk Dirujuk


Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan peluang kerjasama, sila hubungi pegawai kami seperti di bawah:

1. Ts. Dr. Noor Hisham bin Jalani
2. En. Mohd Hapez bin Johari

 

Kerjasama ADTEC Batu Pahat dan Industri


Jalinan kerjasama ADTEC Batu Pahat dengan pihak industri adalah seperti berikut:

 

 

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan permohonan Kursus Jangka Pendek, Latihan Industri atau Kerjasama Industri boleh hubungi:

Unit Khidmat Sokongan Komuniti dan Pekerjaan (CESS)
KM8, Jalan Tanjung Laboh,
83000 Batu Pahat,
Johor.

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Telefon: 07-4287949

 

*Nota: Panduan ini adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.