msen


ADTEC Batu Pahat, 13 Mac 2022
-  ADTEC Batu Pahat dengan kerjasama HPI Resources Berhad mengadakan sesi temuduga bagi jawatan Assistant Supervisor dan Production Technician pada 10 Mac 2022.  Seramai 10 orang pelajar ADTEC Batu Pahat pelbagai bidang yang baru sahaja tamat Latihan Industri pada sesi 2/2021 mengambil peluang menghadiri temuduga tersebut. Pelajar yang berjaya akan ditempatkan di anak-anak syarikat HPI Resources Berhad iaitu Chiga Light (M) Sdn. Bhd., Harta Batu Pahat (M) Sdn. Bhd. dan Harta Fleksipak (M) Sdn. Bhd. Selain sesi temuduga, perbincangan bagi kerjasama akan datang turut diadakan diantara pihak pengurusan kedua-dua pihak. Semoga kerjasama yang terjalin memberi manafaat kepada kedua-dua pihak.

-- Gambar Sekitar Temuduga --