ADTEC Batu Pahat, 14 Mac 2022 - Seramai 10 orang peserta terdiri daripada kakitangan ADTEC Batu Pahat telah menghadiri Kursus Basic Scaffolding Erection yang diadakan di ADTEC Batu Pahat hari ini. Kursus sehari ini memberi pendedahan kepada para peserta untuk mengenali komponen dan peralatan yang digunakan dan juga asas pemasangan tubular type scaffold. Kursus dikendalikan oleh pengajar-pengajar pakar daripada Bahagian Teknologi Minyak dan Gas (Mekanikal) iaitu En. Mohd Eley Bin Rosli, En. Shaharuddin Bin Abd Rahman dan En. Mohd Suhaimi Bin Mat Din. Tahniah kepada pengajar dan para peserta. Semoga ilmu dan kemahiran yang dipelajari dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran para peserta.
-- Gambar Sekitar Kursus --
![]() |
![]() |