ADTEC Batu Pahat, 10 Februari 2022 - Seramai 10 orang peserta terdiri daripada kakitangan ADTEC Batu Pahat telah menghadiri Kursus in-house Residential Air-Conditioner (RA) Cleaning yang diadakan pada 9 dan 10 Februari 2022 di Bengkel DAIKIN, ADTEC Batu Pahat. Kursus selama dua hari ini memberi pendedahan kepada para peserta kerja-kerja asas servis dan pembersihan sistem penyaman udara. Pengajar yang terlibat mengendalikan kursus ialah En. Mohd Safit bin Mohd Samsudin, pengajar dari Bahagian Teknologi Mekatronik dan En. Mohd Amin Hafiz bin Sulaiman, pengajar dari Bahagian Teknologi Minyak dan Gas (Mekanikal).
-- Gambar Kursus --
![]() |
![]() |