ADTEC Batu Pahat, 23 Februari 2022 - Kursus Kemahiran Percuma Home Network Device & Cabling anjuran Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian, ADTEC Batu Pahat. Kursus Kemahiran ini dilaksanakan secara bersemuka selama 1 hari melibatkan 11 orang peserta. Menerusi kursus ini, para peserta dilatih secara praktikal untuk membuat kabel internet dan membuat konfigurasi pada wireless router. Para peserta juga diajar cara untuk membuat tetapan keselamatan pada wireless router yang hanya akan membenarkan peralatan yang berdaftar sahaja yang dapat bersambung dengan wireless router.
Pengajar bagi kursus ini ialah Ts. Norhisham bin Mansor dan En. M. Hanafe bin Hashim. Kedua-duanya merupakan tenaga pengajar berpengalaman dari Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian. Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang terlibat menjayakan kursus kali ini.
-- Gambar Kursus --
![]() |
![]() |