msen

 

 

Pengenalan


Program Diploma Teknologi Elektronik (L02) diwujudkan dengan memberi tumpuan kepada teori dan praktikal serta pengurusan dalam bidang Teknologi Elektronik Industrial pada masa kini bagi memenuhi keperluan pekerjaan sektor industri yang mempunyai daya saing yang tinggi dipasaran pekerjaan. Di samping itu pelajar juga diharap berketrampilan untuk:

  • membuat pengujian, analisa kerosakan dan baikpulih peralatan elektronik.
  • membuat pelbagai pengujian litar.
  • merekabentuk, menganalisa litar elektronik dan membina papan litar bercetak (PCB).
  • mengunakan PLC, sensor dan sistem hydraulic & pneumatik untuk pengawalan sistem automasi komplek.
  • membuat pengaturcaraan dan merekabentuk sistem berasaskan microprocessor dan microcontroller.
  • menjalankan penyelenggaraan kerosakan yang dilakukan ke atas peralatan elektronik (Preventive and Corrective Maintenance)
  • menjalankan latihan amali yang melibatkan sistem telekommunikasi
  • menjalankan aktiviti elektronik product quality anssurance

 

Syarat Kelayakan


SYARAT AM KEMASUKAN :

1. Warganegara Malaysia
2.  Berumur 17 hingga 35 tahun
3. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan 
4. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

 

SYARAT KHAS KURSUS :

1. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam salah satu bidang berikut :

  • EE-021-3:2012: Troubleshooting, Pembaikpulihan & Penyelenggaraan Peralatan Elektronik; atau
  • EE-011-3: Juruteknik Kanan Elektronik Industri-Peralatan

2. Lulus dalam temuduga yang dijalankan.

 

Kaedah & Tempoh Latihan


1. Kaedah latihan berasaskan kemahiran merangkumi 60% amali dan 40% teori
2. Tempoh latihan ialah 1 Tahun 6 Bulan (2 semester latihan di institut dan 1 semester latihan di industri)

 

Yuran Pengajian


1. Yuran Pengajian - RM 3,000.00 setahun 
2. Yuran Asrama - RM 616.00 setahun 
3. Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran - anggaran RM 600 hingga RM 750 (one-off)

 

Pinjaman Latihan


Kemudahan pinjaman latihan disediakan (bagi yang layak) dengan memohon melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

 

Persijilan


Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan dua (2) persijilan iaitu :

1. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) - ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
2. Diploma Teknologi Elektronik - ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

 

Peluang Kerjaya


Graduan program Diploma Teknologi Elektronik berpeluang menceburi kerjaya sebagai

  • Technologist in Electronic Industry
  • R & D Technician
  • QA / QC Technician
  • Test Technician
  • Electronic Assembly Technician
  • Penolong Pegawai Latihan Vokasional
  • Lain-lain pekerjaan berkaitan.

 

Struktur Program


Kurikulum Diploma Teknologi Elektronik (L02) menawarkan kursus-kursus berikut:

Semester 4 Semester 5 Semester 6
  • Equipment Management
  • Product Improvement
  • Microcontroller
  • Product Quality Assurance
  • Final Year Project 1
  • Programmable Logic Controller (PLC)
  • Human Resource Management
  • Final Year Project 2
  •  Latihan Industri

 

Kemudahan/ Fasiliti


Antara kemudahan/ fasiliti yang disediakan ialah :

  • Makmal CAD DRAFTING
  • Makmal CBT
  • Makmal Fault Finding
  • Makmal PLC
  • Makmal Sensor
  • Makmal Microcontroller
  • Makmal Elektrorik Sistem
  • Makmal Pneumatik
  • Makmal Hydraulik
  • Makmak Elektrikal
  • Makmal Automation Control
  • Makmal Fabrikasi
  • Makmal Analog
  • Makmal Digital
  • Bilik Seminar

 

Pengambilan Pelajar


Pengambilan dibuat sebanyak dua (2) kali setahun (kemasukan sesi Januari dan Julai) 

Sesi Januari:

Sesi Julai:

  • Secara atas talian (online) di laman web Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia http://upu.mohe.gov.my
  • Pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui kaunter BSN, ATM dan juga SMS Banking.