ADTEC Batu Pahat, 17 Mac 2022
-  ADTEC Batu Pahat mengembangkan rangkaian kerjasama industri melalui lawatan dan sesi perbincangan bersama Ciba Vision Johor Sdn. Bhd. Syarikat ini merupakan pengeluar kanta sesentuh ternama yang berpengkalan di Texas, Amerika Syarikat. Sesi perbincangan telah berlangsung hampir 2 jam di Bilik Mesyuarat ADTEC Batu Pahat. Pihak ADTEC Batu Pahat diketuai sendiri oleh Pengarah Ts. Hj. Sarman bin Hj. Rawan manakala pihak Ciba Vision diwakili oleh Ms. Shanthini (Talent Manegement & Communications) dan Mr. Yehgambaram (Engineering Manager). Perbincangan dua hala turut disertai oleh Unit SLDN CIAST yang diwakili oleh Hj. Zaidi bin Md. Yusuf.  Hasil perbincangan tertumpu kepada kerjasama program SLDN, peluang latihan sangkutan industri staf, penempatan latihan industri dan tawaran pekerjaan kepada pelajar. Lawatan ini merupakan titik permulaan bagi pelaksanaan kerjasama yang lebih besar terutama dalam pengembangan bakat bagi mengisi keperluan tenaga kerja industri.

 

-- Gambar Sekitar Lawatan Kerjasama --