ADTEC Batu Pahat, 10 Februari 2022
- ADTEC Batu Pahat melebarkan rangkaian kerjasama dengan pihak industri dengan mengadakan satu lawatan ke HPI Resources Berhad, Parit Raja, Johor. Delegasi ADTEC Batu Pahat yang diketuai sendiri oleh pengarah Ts. Hj. Sarman bin Hj. Rawan bersama pengurusan atasan berpeluang membincangkan perkara-perkara yang memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. Di pihak HPI Resources Berhad pula diwakili oleh Encik Zaini bin Md. Yasin (Group General Affair Senior Manager), Mr. Soo Chok Chin (General Manager HBP), Ms. Samantha (Smart Partnership Program), Pn. Sherina (Recuitment) dan Pn Asyikin (Training & Development).

Antara topik perbincangan adalah berkaitan dengan program penajaan pelajar, penempatan latihan industri dan peluang tawaran pekerjaan. Deligasi turut dibawa melawat ke kilang-kilang di bawah HPI Resources Berhad iaitu Harta Packaging Industries Sdn. Bhd., Harta Fleksipak Sdn. Bhd. dan Chinga Light Industries Sdn. Bhd. Semoga kerjasama ini berterusan dan agenda yang dirancang menjadi kenyataan.

 

-- Gambar Lawatan --