ADTEC Batu Pahat, 17 Mac 2022 - ADTEC Batu Pahat telah menerima Lawatan Verifikasi Pegawai Naziran bermula dari 14 hingga 16 Mac 2022. Hadir membuat lawatan ialah tiga orang Pegawai Naziran daripada ADTEC Melaka yang diketuai oleh En. Palani Sarawanan A/L Kanniah. Lawatan verifikasi naziran diadakan bertujuan untuk membuat semakan terhadap sistem penilaian dan latihan yang berasaskan CGPA, menyemak penilaian Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia bagi program persijilan tunggal tahap terendah dan mengesahkan keputusan latihan industri bagi program Diploma Kemahiran Malaysia. Verifikasi naziran di ADTEC Batu Pahat kali ini melibatkan 10 kumpulan bagi lawatan pertama, 10 kumpulan bagi lawatan terakhir dan 5 kumpulan bagi program persijilan tunggal tahap terendah.
-- Gambar Sekitar Lawatan Naziran --
![]() |
![]() |