ADTEC Batu Pahat, 1 April 2022 - Seramai 10 orang pelajar semester 5 Program Teknologi Pemesinan telah menyertai Kursus Konfigurasi, Pendawaian dan Asas Aturcara PLC Panasonic AFPOR-C14RS Siri 1 yang diadakan pada 30 dan 31 Mac 2022 di Makmal Mekatronik 1. Kursus dua hari ini memberi pendedahan kepada peserta ciri-ciri asas dan spesifikasi Programmable Logic Controller (PLC) yang digunakan di industri selain membawa peserta meneroka pengetahuan dan kemahiran pendawaian dan pengaturcaraan asas PLC menggunakan bahasa Ladder Diagram dan perisian FPWin Pro.
Tahniah kepada para peserta dan juga tenaga pengajar, En. Mohd Azri bin Akhiak merangkap Ketua Bahagian Teknologi Mekatronik yang sudi berkongsi ilmu dan kepakaran dengan para pelajar. Diharapkan ilmu dan kemahiran yang dipelajari menjadi nilai tambah baharu yang berguna buat pelajar-pelajar Teknologi Pemesinan ADTEC Batu Pahat.
-- Gambar Sekitar Kursus --
![]() |
![]() |