ADTEC Batu Pahat, 2 Ogos 2022 - Seramai 37 orang pegawai dan kakitangan ADTEC Batu Pahat telah menyertai program aplikasi psikologi dalam pembangunan personal (pemantapan kendiri) di bawah tajuk pengurusan kewangan dan penyelesaian hutang yang berlangsung di Dewan Seri Nilam, ADTEC Batu Pahat pada 2 Ogos 2022.
Program dipecahkan kepada 4 sesi. Sesi pertama bermula seawal jam 9.00 pagi dan diisi dengan taklimat psikologi dan kaunseling yang disampaikan oleh Puan Nor Mardhiah binti Mohd Rashid, pengamal psikologi Mental Health Coach yang juga merupakan seorang penulis. Sesi kedua bermula pada jam 11.00 pagi membincangkan topik pengurusan kewangan dan penyelesaian hutang yang disampaikan oleh Puan Siti Aida binti Rahmat, Associate Financial Planner merangkap Founder MindRich Academy. Sesi ketiga pula melibatkan sesi kaunseling berkelompok yang bermula pada jam 12.00 tengahari sebelum disambung semula dengan sesi keempat, dedukasi (booth) pada jam 2.00 petang.
Program anjuran bersama Unit Kaunseling dan BKKL ADTEC Batu Pahat ini mendapat kerjasama daripada agensi pembangunan modal insan, MindRich Academy dan ditaja oleh Zafran Resources Sdn. Bhd, panel agensi Takaful Kerajaan Negeri Johor. Turut serta dalam program semalam ialah Tuan Pengarah ADTEC Batu Pahat, Ts. Hj. Sarman bin Rawan dan Timbalan Pengarah Latihan ADTEC Batu Pahat, En. Ismail bin Sukeeman.
-- Gambar Program --
![]() |
![]() |