Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi iDEA'23

 

ADTEC Batu Pahat, 29 Oktober 2023 - ADTEC Batu Pahat meneruskan kecemerlangan apabila berjaya meraih 2 Emas, 3 Perak dan 4 Gangsa dalam Pertandingan Innovation Development Through Educational Activities 2023 (iDEA'23). Lebih membanggakan apabila salah satu projek yang dipertandingakan oleh ADTEC Batu Pahat iaitu ‘Mini Beverage and Can Bottle Compressor Machine’ layak ke peringkat akhir dan berjaya mendapat Naib Johan Bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik bagi kategori Pelajar IPT/ILK. Projek tersebut direka cipta oleh tiga pelajar tahun akhir program Diploma Teknologi Mekatronik iaitu Fahqrul Aiman bin Ambok Tang, Nik Faez Sharifuddin bin Nik Remeli dan Intan Nur Allysha binti Abd Manap dibawah seliaan pengajar, Puan Noraza binti Samun. Projek tersebut dipamirkan di MAEPS Serdang sempena Karnival TVET Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS). Kejayaan tersebut membolehkan ADTEC Batu Pahat membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM500.00 beserta pingat dan sijil penghargaan. Hadiah telah disampaikan oleh YBrs. Ts. Dr. Puteh Melor binti Salehan, Pengarah IKBN Kuala Langat.


Lebih 600 penyertaan dikalangan pelajar sekolah, IPT dan ILK seluruh Malaysia telah menyertai pertandingan iDEA'23 yang dianjurkan oleh Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS). Sebanyak 6 bidang dipertandingkan melibatkan dua kategori iaitu murid sekolah dan pelajar IPT/ILK. Tahniah kepada pihak penganjur dan semua peserta yang telah mengambil bahagian khususnya pasukan inovasi ADTEC Batu Pahat.


SENARAI PENYERTAAN ADTEC BATU PAHAT DAN PUNGUTAN PINGAT

Mini Beverage and Can Bottle Compressor Machine Emas / Naib Johan
Multipurpose Vise Jaw Emas
Fixture for Fletching Arrow Perak
Mobile Pipe Gas Test Rig Perak
Smart Palm Sickle Perak
Motorcycle Cylinder Head Holder Gangsa
Portable Tortilla & Chapati Machine Gangsa
Alat Pemotong Siput Sedut Gangsa
Portable Keropok Lekor Machine Gangsa

 

-- Gambar --