Program Hari Kesihatan Mental Sedunia


ADTEC Batu Pahat, 12 Oktober 2023
 - Program Hari Kesihatan Mental Sedunia peringkat ADTEC Batu Pahat telah diadakan pada 10 Oktober, baru-baru ini. Program anjuran unit BPPL dan kaunselor ADTEC Batu Pahat ini telah mengundang saudara Iddin Ramli untuk memberi motivasi kepada para pelajar. Beliau merupakan seorang penulis buku dan juga pempengaruh (influencer) yang begitu dikenali oleh golongan remaja hari ini kerana kerap berkongsi ‘content’ nasihat berunsurkan dakwah di TikTok. 


Program separuh hari ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada lebih 500 pelajar yang telah mengikuti sesi perkongsian beliau selama hampir dua jam secara bersemuka di Dewan Seri Intan, ADTEC Batu Pahat. Program turut disiarkan secara langsung menerusi TikTok Live ADTEC Batu Pahat. Para pelajar juga berpeluang membeli buku hasil karya saudara Iddin Ramli dan bergambar bersama beliau pada akhir program.

 

-- Gambar --