ADTEC Batu Pahat, 30 Ogos 2023 - Pelajar-pelajar semester akhir ADTEC Batu Pahat dari bidang Teknologi Pembuatan (Pemesinan), Teknologi Kimpalan dan Teknologi Minyak dan Gas (Mekanikal) telah berpeluang mengikuti sesi perkongsian ilmu bersama Tuan Ts. Azhar bin Abdullah, Pengurus Jabatan Sokongan Teknikal Syarikat Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. Turut hadir dalam sesi perkongsian tersebut adalah wakil pengajar dari bidang berkaitan.
Program perkongsian ilmu ini adalah merupakan sebahagian daripada jelajah CSR pihak syarikat bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar TVET berkaitan dengan industri minyak dan gas dengan memfokuskan kepada fungsi minyak pelincir dan aplikasinya pada jentera berat. Semoga perkongsian ilmu yang berlangsung selama hampir tiga jam ini memberi manfaat kepada para pelajar yang bakal memasuki alam pekerjaan kelak.
-- Gambar --