ADTEC Batu Pahat, 30 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Pengarah JTM, Tuan Ts. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali telah menghadiri sesi Town Hall bersama kakitangan ADTEC Batu Pahat di Dewan Seri Nilam pada 28 Ogos, baru-baru ini. Sebelum daripada itu, beliau turut hadir dalam Majlis Konvokesyen Diploma TVET-Tahfiz yang juga berlangsung di ADTEC Batu Pahat, pada sebelah paginya.
Program tersebut merupakan lawatan pertama beliau ke ADTEC Batu Pahat setelah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah JTM bermula Februari, awal tahun ini. Beliau dalam sesi taklimatnya telah menerangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh ILJTM serta strategi rasionalisasi program latihan kemahiran di ILJTM.
Dalam pada itu, beliau juga menitipkan nasihat kepada kakitangan supaya keluar daripada zon selesa dan perlu sentiasa meningkatkan kemahiran diri seiring dengan perubahan teknologi. Pihak pengurusan institut juga disaran untuk merancang dan melaksana program berimpak tinggi yang boleh melonjakkan nama ADTEC Batu Pahat sebagai institusi TVET yang disegani.
Sesi yang berlangsung kira-kira dua jam ini turut memberi peluang kepada kakitangan yang hadir mengutarakan isu permasalahan dan cadangan semasa sesi soal jawab.
-- Gambar --