Pelajar Mekatronik Cemerlang di WorldSkills Malaysia Selangor
ADTEC Batu Pahat meneruskan kecemerlangan apabila berjaya meraih tempat ketiga (2nd Runner Up) dalam Pertandingan WorldSkills Malaysia Selangor 2024 bagi Bidang Mekatronik. Kejayaan ini diraih oleh saudara Mohd Akid bin Md Isa dan saudara Khairul Amri bin Azmi, pelajar ADTEC Batu Pahat dari program Diploma Teknologi Mekatronik. Kemenangan ini membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 1,500.00.
Tahniah dan syabas kepada kedua-dua peserta atas usaha dan pencapaian yang membanggakan. Sekalung penghargaan juga buat jurulatih, Ts. Mohd Azri bin Akhiak dan Encik Zainal bin Ali yang telah membimbing kedua-dua pelajar ini dengan penuh dedikasi. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang TVET.
Pertandingan peringkat akhir WolrdSkills Malaysia Selangor telah berlangsung di Pusat Konvesyen Setia Alam bersempena dengan Selangor Education Summit (SES) yang bermula pada 27 November 2024 hingga 1 Disember 2024. SES dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan dengan menggabungkan empat acara besar iaitu Selangor International Book Fair (SIBF), Selangor R&D and Innovation Expo (SRIE), Selangor Education STEM dan WorldSkills Malaysia Selangor.