Lawatan Kerjasama Industri ke RB Spectra Sdn Bhd

Lawatan Kerjasama Industri ke RB Spectra Sdn Bhd
Kunjungan rasmi ADTEC JTM Kampus Batu Pahat di bawah inisiatif Bahagian Teknologi Minyak & Gas telah ke Senai, Johor pada 9 Oktober 2025 bagi membuka lembaran baharu dalam jalinan TVET-industri bersama RB Spectra Sdn. Bhd. yang memiliki kepakaran serta berpengalaman luas dalam elektrikal dan instrumentasi, on-site machining, pemantauan getaran dan penyelenggaraan sistem industri.
 
Delegasi yang diketuai oleh Ts. Nur Azua binti Rahim selaku Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Sokongan Komuniti & Pekerjaan (CESS) bersama-sama 5 lagi pegawai telah disambut mesra oleh wakil RB Spectra yang diketuai oleh En. Muhammad Fazwandy Bin Embong yang merupakan Head of Department On-Site Machining bersama 2 lagi kakitangan syarikat.
 
Melalui lawatan bermula jam 10.30 pagi yang berdurasi hampir 3 jam ini, kedua-dua pihak telah berkongsi kepakaran masing-masing dan mencari titik pertemuan yang dapat memberi manfaat. Banyak idea hebat tercetus termasuk latihan industri, latihan sangkutan industri, program apprenticeship, kolaborasi strategik yang berbentuk rasmi dan perkongsian teknologi dalam bidang Mekatronik, Kimpalan, Pemesinan, dan Minyak & Gas. 
 
Langkah kecil hari ini, impak besar buat masa depan tenaga kerja berkemahiran negara. Terima kasih RB Spectra atas perkongsian pengalaman serta sokongan.
 
𝐖𝐚𝐤𝐢𝐥 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐁𝐚𝐭𝐮 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐭
1. Ts. Nur Azua binti Rahim, Penolong Pengarah CESS
2. Ts. Zafrul Azman bin Osman, Ketua Bahagian Teknologi Minyak & Gas
3. En. Mohd Eley bin Rosli, Penolong Ketua Bahagian Teknologi Minyak & Gas
4. Ts. Dayang Salwan binti Abang Abdul Rahman, Pegawai CESS
5. Pn. Zuraidah binti Daud, Pegawai Psikologi
6. En. Mohd Amin Hafiz bin Sulaiman, Pengajar Bahagian Teknologi Minyak & Gas
 
𝐖𝐚𝐤𝐢𝐥 𝐑𝐁 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐭𝐫𝐚 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝
1. En. Muhammad Fazwandy Bin Embong, Head of Department On-Site Machining
2. En. Muhammad Al Azmi bin Mohd Azman, QA/QC Manager
3. En. Muhammad Firdaus bin Mohd Roslan, Mechanical Engineer

Related Articles