ADTEC JTM Kampus Batu Pahat Cemerlang @CITEC JTM 2025

ADTEC JTM Kampus Batu Pahat berjaya meraih 1 Emas, 5 Perak dan 2 Gangsa dalam Pertandingan Kreativiti & Inovasi (CITEC) JTM.
Bertemakan "Integrasi Inovasi ke Arah Kemampanan Agroteknologi", CITEC 2025 yang diadakan di ADTEC JTM Kampus Jerantut pada 12 dan 13 Februari 2025 telah berjaya menarik 272 penyertaan dari seluruh negara. Sebanyak 6 bidang yang dipertandingkan iaitu;
1. Automasi, Peralatan & Proses Pembuatan
2. Elektrik & Elektronik
3. ICT, Multimedia & Telekomunikasi
4. Sivil & Bangunan
5. Teknologi Hijau dan Alam Sekitar
6. Pengajaran dan Pembelajaran
Tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian khsusnya pasukan inovasi ADTEC JTM Kampus Batu Pahat. Tahniah juga kepada Penjara Dusun Dato Murad Melaka kerana telah berjaya merangkul Anugerah Khas Inovasi Terbaik Keseluruhan. Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri KESUMA, Dato' Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad semasa majlis penutup yang berlangsung petang semalam.
Senarai Pingat ADTEC JTM Kampus Batu Pahat:
1. IoT Mobile Gas Piping Test Rig – Emas
2. Kawanku Posbiz System – Perak
3. Smart Network Management and Monitoring System – Perak
4. Web Content Filtering System For Cyber Safety – Perak
5. Smart Palm Pickle – Perak
6. Smart Kuih Siput Machine – Perak
7. IoT Agriculture Spraying Robot – Gangsa
8. IoT Portable Popup Test Training Kit - Gangsa