Program Diploma Teknologi Elektronik (VL02) dibangunkan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh dalam bidang elektronik dan teknik kawalan berasaskan kepada penggunaan teknologi elektronik terutama dalam bidang pengeluaran, pengukuran dan baikpulih. Disamping itu, pelajar juga akan dilatih untuk membuat pengujian, analisa kerosakan dan baikpulih peralatan elektronik, membuat pendawaian elektrik 1 fasa dan menjalankan pengujian litar, merekabentuk, menganalisa litar elektronik dan membina papan litar bercetak (PCB), mengunakan PLC, sensor dan sistem hidraulik & pneumatik untuk pengawalan sistem automasi kompleks, membuat pengaturcaraan dan merekabentuk sistem berasaskan microprocessor dan microcontroller, menjalankan ujikaji menggunakan sistem pengukuran berautomatik (automatic measuring system) melalui pengaturacaraan berasaskan objek/grafik dan menjalankan latihan amali yang melibatkan sistem telekomunikasi.
Warganegara Malaysia;
Berumur tidak melebihi 35 tahun;
Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan ;
Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. Sila
Memenuhi Syarat Am Kemasukan (Sila rujuk syarat am di atas);
Memiliki SPM dengan:
(a) Lulus Bahasa Melayu;
(b) Lulus Matematik/ Matematik Tambahan;
(c) Lulus Sejarah ; dan
(d) Lulus satu (1) subjek lain selain (a),(b) dan (c)
Kaedah latihan berasaskan kemahiran merangkumi 60% amali dan 40% teori
Tempoh latihan ialah 3 Tahun (5 semester latihan di institut dan 1 semester latihan di industri)
Yuran Pengajian - RM 3,000.00 setahun
Yuran Asrama - RM 616.00 setahun
Bayaran lain yang dikenakan semasa hari pendaftaran - anggaran RM 600 hingga RM 750 (one-off)
Kemudahan pinjaman latihan disediakan (bagi yang layak) dengan memohon melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan dua (2) persijilan iaitu:
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) - ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Diploma Teknologi Elektronik - ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Graduan program Diploma Teknologi Elektronik berpeluang menceburi kerjaya sebagai;
Technologist in Electronic Industry
R & D Technician
QA / QC Technician
Test Technician
Electronic Assembly Technician
Penolong Pegawai Latihan Vokasional
Lain-lain pekerjaan berkaitan.
Antara kemudahan/ fasiliti yang disediakan ialah:
Makmal CAD DRAFTING
Makmal CBT
Makmal Fault Finding
Makmal PLC
Makmal Sensor
Makmal Microcontroller
Makmal Elektrorik Sistem
Makmal Pneumatik
Makmal Hydraulik
Makmak Elektrikal
Makmal Automation Control
Makmal Fabrikasi
Makmal Analog
Makmal Digital
Bilik Seminar
Kurikulum Diploma Teknologi Elektronik (VL02) menawarkan kursus-kursus berikut:
Semester 1 | Semester 2 | Semester 3 |
|---|---|---|
|
|
|
Semester 4 | Semester 5 | Semester 6 |
|---|---|---|
|
| Latihan Industri |