Alt Text

DFPP04
DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN (PEMESINAN)

Program Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) bagi Kod Program DFPP04 adalah program khusus yang ditawarkan kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan.

Pengenalan

Program Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) (DFPP04) diwujudkan bagi memenuhi keperluan meluas pekerjaan dalam sektor industri pembuatan. Bidang ini menggabungkan latihan dalam bentuk teori dan praktikal yang menekankan kemahiran dalam pengendalian mesin konventional, mesin CNC, perisian CADCAM dan penghasilan jig & fixture. Pelajar akan didedahkan secara mendalam berkaitan penggunaan mesin larik, mesin kisar, mesin canai samada dalam bentuk konventional atau CNC. Pelajar juga akan didedahkan dengan penggunaan perisian CADCAM dan rekabentuk & pembuatan Jig Fixture. Di akhir program, pelajar dijangka akan dapat menguasai kemahiran menghasilkan program CNC, jig fixture dan komponen-komponen berketepatan tinggi dengan menggunakan mesin-mesin CNC dan perisian CADCAM yang dipelajari.

Syarat Am Kemasukan
  1. Berumur 17 hingga 35 tahun

  2. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Syarat Khas Kursus
  1. Memenuhi Syarat Am Kemasukan (Sila rujuk syarat am di atas);

  2. Memiliki SPM dengan:

    (a) Lulus Bahasa Melayu;

    (b) Lulus Matematik/ Matematik Tambahan;

    (c) Lulus Sejarah ; dan

    (d) Lulus satu (1) subjek lain selain (a),(b) dan (c)

Kaedah & Tempoh Latihan
  1. Kaedah latihan berasaskan kemahiran merangkumi 60% amali dan 40% teori

  2. Tempoh latihan ialah 3 Tahun (5 semester latihan di institut dan 1 semester latihan di industri)

Yuran Pengajian
  1. Yuran Pengajian - RM 3,000.00 setahun

  2. Yuran Asrama - RM 616.00 setahun

  3. Bayaran lain yang dikenakan semasa hari pendaftaran - anggaran RM 600 hingga RM 750 (one-off)

Pinjaman Latihan

Kemudahan pinjaman latihan disediakan (bagi yang layak) dengan memohon melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

Persijilan

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan dua (2) persijilan iaitu:

  1. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) - ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

  2. Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) - ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Peluang Kerjaya

Graduan program Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) berpeluang menceburi kerjaya sebagai;

  • Penolong Jurutera/Juruteknik Pembuatan

  • Penolong Jurutera/Juruteknik Programmer CNC

  • Penolong Jurutera/Juruteknik Mesin CNC

  • Penolong Jurutera / Juruteknik CADCAM

  • Penolong Pegawai Latihan Vokasional

  • Lain-lain pekerjaan berkaitan.

Kemudahan/ Fasiliti

Antara kemudahan/ fasiliti yang disediakan ialah:

  • Makmal CAD Drafting

  • Makmal CAD/CAM

  • Makmal NX CADCAM Simulation

  • Makmal CMM

  • Makmal Projek

  • Bengkel CNC

  • Bengkel Conventional

  • Bilik Seminar

Kurikulum

Kurikulum Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) (VK03) menawarkan kursus-kursus berikut:

Semester 1

Semester 2

Semester 3

  • 2D CAD Design

  • Measuring Instrument

  • Lathe Machine Operation

  • Milling Machine Operation

  • Component Assembly

  • Grinding Machine Operation

  • EDM Die Sinking Operation

  • CNC Lathe Machine Operation

  • Machine Preventive Maintenance

  • CNC EDM Wire Cut Operation

  • CNC Milling Machine Operation

  • CNC EDM Die Sinking Operation

  • Machine Maintenance Supervision

  • 3D CAD Design

Semester 4

Semester 5

Semester 6

  • Machine Operation Supervision

  • CNC Grinding Operation

  • Computer Aided Manufacturing (CAM)

  • Jig & Fixture Design

  • Final Year Project 1

  • Product Design & Analysis

  • Quality Control

  • Manufacturing Management

  • Final Year Project 2

  • Latihan Industri