Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Pengajian 2/2024

Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Pengajian 2/2024

Seramai 182 pelajar baharu telah mendaftar di ADTEC Batu Pahat bagi sesi pengajian 2/2024 pada 22 Julai, baru-baru ini. Pelajar-pelajar ini kemudiannya telah menjalani program Minggu Silaturrahim (MSR) selama empat hari bermula 22 hingga 25 Julai 2024 untuk memberi ruang kepada mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan dan suasana pengajian di ADTEC Batu Pahat. Majlis Perasmian dan Penutup Minggu Silaturrahim telah diadakan pada 25 Julai 2024, yang telah disempurnakan oleh Pengarah ADTEC Batu Pahat, Tuan Ts. Haji Sarman bin Haji Rawan.

Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Pendaftaran dan Minggu Silaturrahim, barisan Fasilitator dan semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Hari Pendaftaran dan Minggu Silaturrahim pelajar baharu.

 

 

Related Articles