Alt Text

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembangunan Laman Web ADTEC Batu Pahat sehingga berjaya menyediakan satu platfom untuk rujukan kepada pengunjung dalam mendapatkan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan di ADTEC Batu Pahat.

Sebagai sebuah Institusi Latihan TVET yang berperanan untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara, ADTEC Batu Pahat sangat komited untuk memastikan segala maklumat yang berkaitan dengan Program Latihan dapat disampaikan dengan cepat, tepat dan berkesan, sekaligus memperkukuh dan memperkasakan pengendalian Program Latihan selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

Oleh itu, sebarang bentuk jalinan kerjasama amatlah dialu-alukan dan harapan saya agar kita dapat bersama-sama berganding bahu dalam usaha menjayakan Agenda Transformasi Negara dan pada masa yang sama membolehkan ADTEC Batu Pahat wujud sebagai sebuah Institusi Latihan yang sentiasa unggul dan berdaya saing pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

>> Tuan Ts. Haji Sarman bin Haji Rawan