Soalan Lazim

Calon yang ingin memohon perlu memenuhi syarat am kemasukan dan syarat khas kursus. Syarat khas kursus adalah berbeza mengikut bidang yang ingin dipohon. Sila rujuk syarat kelayakan bagi program sepenuh masa.

Tempoh pengajian adalah berbeza mengikut kursus dan peringkat pengajian. Tempoh minimum pengajian adalah satu (1) tahun enam (6) bulan. Sila rujuk tempoh pengajian kursus sepenuh masa.

Bagi pengajian diperingkat Sijil, yuran pengajian dan yuran asrama adalah percuma. Manakala bagi pengajian diperingkat Diploma, yuran pengajian dan yuran asrama berjumlah lebih kurang RM3700.00 setahun. Makan dan minum disediakan secara percuma kepada semua pelajar.

Pinjaman akan didaftarkan dibawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dibawah pentadbiran Kementerian Sumber Manusia (KSM). Mulai tahun 2014, pihak PTPK bersetuju untuk menambah Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar dari RM 300 sebulan ke RM 400 sebulan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Pihak institut akan membantu urusan pemohonan pinjaman tersebut sebaik sahaja para pelajar mendaftar masuk.

Sesi kemasukan ke ADTEC Batu Pahat dijalankan sebanyak dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai Pemohonan boleh dibuat melalui sistem permohonan UP-TVET atau melalui laman web Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Pemohon boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) untuk maklumat lanjut di talian 07-4285311 / 07-4286949 atau emelkan kepada bppl-adtecbp@jtm.gov.my

  • Mendapat pengiktirafan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

  • Menjalankan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Pelaksanaan Pengurusan Pemberian Perkhidmatan Latihan Kemahiran Teknikal

Peluang pekerjaan bagi graduan ADTEC Batu Pahat terbuka luas samada didalam sektor awam ataupun swasta. Kadar kebolehpasaran graduan ADTEC Batu Pahat bagi tahun 2023 mencapai 97.2%.

Program pengajian di ADTEC Batu mendapat akreditasi penuh oleh MQA dan JPK, maka dengan itu graduan ADTEC Batu Pahat adalah layak untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah di universiti tempatan mahupun diluar negara dengan pengecualian kredit bagi subjek-subek tertentu.

Image
Masih keliru ? Hubungi kami di talian

07-4287733