Kursus Jangka Pendek

Kami turut menawarkan kursus jangka pendek kepada pihak industri dan komuniti setempat.

Image

Objektif

Memberi peluang latihan kepada pekerja-pekerja industri yang ingin meningkatkan hasil kerja serta kualiti diri agar kebolehan mereka dapat memenuhi keperluan syarikat dan perkembangan teknologi semasa.

Pelaksanaan

  • Semua kursus jangka pendek ini dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), Kementerian Sumber Manusia.

  • Semua kursus dijalankan secara sambilan (part-time) dan hujung minggu.

  • Senarai kursus yang ditawarkan dan tempoh masa bagi setiap kursus adalah seperti di dalam Jadual Kursus (Modular) yang dikemaskini pada setiap tahun. Tarikh kursus adalah bergantung kepada jumlah permohonan bagi sesuatu kursus.

  • Namun, peserta yang berminat untuk kursus 'Customised' boleh memohon secara berkumpulan dan mecadangkan tarikh dan jangkamasa waktu untuk kursus terbabit dengan perbincangan bersama pihak institut.

Bidang Kursus

  • Kursus Jangka Pendek (Modular) ditawarkan merangkumi bidang Mekanikal, Elektrik, Komputer dan Multimedia. Kursus ini dijalankan pada hujung minggu.

  • Kursus Khas (Customised) juga ditawarkan atas permintaan syarikat berdasarkan latihan-latihan khas yang diperlukan. Kurikulum, lokasi dan jadual latihan ditentukan mengikut persetujuan dan kesesuaian pihak syarikat dan institut.

Persijilan

Peserta-peserta yang telah mengikuti kursus serta memenuhi syarat-syarat kursus yang ditetapkan, akan menerima Sijil Kursus Peningkatan Kemahiran.

Penginapan

Pihak institut tidak menyediakan kemudahan penginapan.

Tuntutan Kemalangan

Peserta-peserta kursus dikehendaki mengisi dan menandatangani Borang Indemniti (Pelepasan). Pihak Institut adalah bebas dari sebarang tuntutan dan dakwaan bersabit dengan apa jua kecederaan akibat kemalangan yang berlaku semasa mengikuti kursus.

Insentif Majikan

Majikan-majikan yang menaja pekerja-pekerja mereka untuk mengikuti kursus di Institut ini adalah layak untuk membuat tuntutan Pelepasan Cukai Dua Kali ATAU tuntutan bayaran balik kursus daripada pihak Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau lebih dikenali sebagai Human Resources Development Fund (HRDF).

Yuran Kursus

Kadar yuran adalah tertakluk kepada jenis kursus yang diikuti seperti di dalam Jadual Kursus.

Untuk Keterangan Lanjut, Sila Hubungi

07-4287949 (CESS)