Naib Johan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan

Naib Johan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan
Kontinjen ADTEC JTM Kampus Batu Pahat yang terdiri daripada 29 orang pelajar telah turut serta dalam Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Daerah Batu Pahat yang berlangsung pada 31 Ogos 2026 di Stadium Batu Pahat.
 
Lebih membanggakan apabila kontinjen ADTEC JTM Kampus Batu Pahat telah berjaya meraih:
🏆 NAIB JOHAN – PERBARISAN TERBAIK
🥉 TEMPAT KETIGA – PERTANDINGAN PAKAIAN TERBAIK
📌 Kategori: IPTA / IPTS / Sekolah
 
Kejayaan ini membuktikan disiplin, semangat berpasukan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para pelajar dalam mengharumkan nama ADTEC JTM Kampus Batu Pahat.
 
Tahniah kepada semua pelajar, jurulatih, pegawai pengiring dan seluruh warga ADTEC JTM Kampus Batu Pahat yang telah memberikan sokongan sehingga kejayaan ini dapat dicapai.

Research Center

Pasukan Inovasi Raih Emas dan Best Chapter di EUREKA 2026

Pasukan Inovasi Raih Emas dan Best Chapter di EUREKA 2026
Pasukan Inovasi ADTEC JTM Kampus Batu Pahat mencatat kejayaan membanggakan dalam International EUREKA Innovation Exhibition (i-EIE) 2026 yang berlangsung pada 26 dan 27 Ogos 2026 di UniKL Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI), Kulim, Kedah.
 
Dua (2) projek inovasi yang dipertandingkan berjaya meraih satu (1) pingat emas dan satu (1) pingat gangsa, selain turut menerima pengiktirafan Best Chapter bersama hadiah wang tunai sebanyak RM500.
 
Keputusan:
 
Nama Projek : Portable Visual Inspection Jig
Pencapaian:
🥇 Pingat Emas
🏅 Best Chapter
 
Nama Projek : Ball Turning Attachment
Pencapaian:
🥉 Pingat Gangsa
 
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.