Pengenalan
Melalui program Diploma Teknologi Kimpalan (K01), pelajar akan didedahkan secara teori dan praktikal terhadap proses kimpalan yang melibatkan keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Teknik kimpalan yang akan dipelajari adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerge Arc Welding (SAW), Plastic Welding dan pelbagai lagi selaras dengan perkembangan teknologi kimpalan pada masa kini. Pelajar juga akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti kimpalan, pemeriksaan dan pengujian hasil kimpalan, penyeliaan dan pelbagai lagi. Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer bagi merancang dan memudahkan kerja-kerja kimpalan supaya lebih sistematik. Di akhir latihan, pelajar juga perlu menjalani latihan industri bagi memperolehi pengalaman kerja sebenar di industri sebelum menamatkan latihan.
Syarat Am Kemasukan
Warganegara Malaysia;
Berumur tidak melebihi 35 tahun;
Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan ;
Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. Sila
Syarat Khas Kursus
1. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam salah satu bidang berikut :
H-024-3: Juruteknik Arka Logam Gas (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat); atau
H-025-3: Juruteknik Arka Tungsten Gas (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat & Aluminium); atau
MC-024-3:2012 Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam Shielded Metal Arc Welding Process; atau
MC-025-3:2012 Proses Kimpalan Gas Logam; atau
MC-026-3:2012 Proses Kimpalan Arka Gas Tungsten; atau
MC-027-3:2012 Proses Kimpalan Arka Berteras Logam.
2. Lulus dalam temuduga yang dijalankan.
Kaedah & Tempoh Latihan
Kaedah latihan berasaskan kemahiran merangkumi 60% amali dan 40% teori
Tempoh latihan ialah 1 Tahun 6 Bulan (2 semester latihan di institut dan 1 semester latihan di industri)
Yuran Pengajian
Yuran Pengajian - RM 3,000.00 setahun
Yuran Asrama - RM 616.00 setahun
Bayaran lain yang dikenakan semasa hari pendaftaran - anggaran RM 600 hingga RM 750 (one-off)
Pinjaman Latihan
Kemudahan pinjaman latihan disediakan (bagi yang layak) dengan memohon melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Persijilan
Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan dua (2) persijilan iaitu:
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) - ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Diploma Teknologi Kimpalan - ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
** Persijilan Tambahan : CSWIP
Peluang Kerjaya
Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja - kerja struktur pembinaan logam. Selain itu, kerjaya sebagai Pembantu Jurutera Kimpalan di dalam industri pembuatan dan pembinaan logam / Juruteknik dalam loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja‐kerja struktur pembinaan logam di sektor industri juga boleh diceburi.
Kemudahan/ Fasiliti
Antara kemudahan/ fasiliti yang disediakan ialah:
Bengkel Kimpalan
Bilik Kuliah
Makmal Komputer
Makmal NDT
Kurikulum
Kurikulum Diploma Teknologi Kimpalan menawarkan kursus-kursus berikut:
Semester 4 | Semester 5 | Semester 6 |
---|---|---|
|
|
|