Pengenalan EKSA

EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penambahbaikan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan mengekalkan prinsip amalan 5S iaitu Seiri (SISIH), Seiton (SUSUN), Seiso (SAPU), Seiketsu (SERAGAM) dan Shitsuke (SENTIASA AMAL).

Matlamat utama EKSA adalah untuk memperkukuhkan budaya organisasi yang berprestasi tinggi dan inovatif dalam sektor awam. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan pengurusan dan budaya kerja dalam agensi-agensi kerajaan melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja, dan nilai yang menjadi amalan di seluruh sektor awam.

EKSA memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus. Model ini mengambil kira kepelbagaian premis agensi kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Penilaian EKSA disesuaikan mengikut keperluan dan lokasi setiap agensi yang diaudit.

Elemen Baharu EKSA

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat. © 2024 Hak Cipta Terpelihara.
Image