Alt Text



Maksud Logo Keseluruhan

Secara keseluruhan LOGO EKSA ini memberi maksud ianya adalah HAK CIPTA, HAK MILIK dan KEGUNAAN ADTEC Batu Pahat sahaja bagi tujuan mempromosi EKSA dalam jabatan. EKSA di ADTEC Batu Pahat membawa maksud melakukan kerja seharian dengan menerapkan budaya dan amalan yang baik seperti mengguna semula bahan-bahan terbuang untuk tugasan pejabat dan dalaman, mengoptimakan penggunaan bahan dan peralatan seperti alat tulis, mengurangkan pembaziran dalam tugasan seharian seperti penggunaan elektrik, air, tenaga dan sumber asal demi kesejahteraan bersama. Amalan EKSA yang diamalkan pasti akan menjadikan hidup kita tenang, segar, gembira dan boleh melaksanakan tugas dengan bersemangat.
1

Peta Negeri Johor di dalam Bulatan

- ADTEC Batu Pahat terletak di dalam negeri Johor Darul Ta'zim.
- Negeri Johor berwarna putih memberi maksud kesucian agama dipelihara disamping menjaga kebersihan dan keindahan negeri bagi semua agensi kerajaan yang berpusat di dalamnya.
2

Lambang Daun dan 
Plug

- Daun: Sumber alam dipelihara dan sebagai simbol kertas digunakan seoptima mungkin dalam kerja seharian sebgai langkah penjimatan.
- Plug: Sumber alam dipelihara dan sebagai simbol kertas digunakan seoptima mungkin dalam kerja seharian sebgai langkah penjimatan.
3

Perkataan Recycle, Reuse, Reduce Berwarna Biru

- Semua warga ADTEC Batu Pahat iaitu semua warga ADTEC seboleh-bolehnya akan menggunakan bahan dan peralatan sedia ada untuk kegunaan seharian.
- Warna biru membawa maksud alam semula jadi seperti air dan udara perlulah dijaga dan dipelihara dalam kegunaan seharian kita. Ia juga menyamai warna Jabatan Tenaga Manusia dan Logo ADTEC Batu Pahat iaitu biru dan putih.
4

Perkataan ADTEC Batu Pahat dalam Kawasan Berwarna Hijau

Logo ini adalah hak cipta, hak milik dan kegunaan warga ADTEC Batu Pahat bagi tujuan mempromosi EKSA. Hijau membawa maksud memelihara alam sekitar demi kesejahteraan bersama.
5

Perkataan Ekosistem Kondusif Sektor Awam Sekeliling Bulatan

Menekankan aspek persekitaran kerja yang berekosistem bagi mendapatkan keadaan yang kondusif dalam kalangan pekerja sektor awam. Huruf E, K, S dan A dibesarkan bagi menunjukkan ringkasan erkataan keseluruhan supaya mudah diamal dan dipraktikkan. 
6

Daun Kecil Tiga Helai di Sebelah Kiri dan Kanan Tulisan EKSA

Amalan EKSA diamalkan untuk menceriakan dan mengindahkan suasana dan persekitaran kerja.
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat. © 2024 Hak Cipta Terpelihara.
Image