Dasar
ADTEC Batu Pahat komited dalam melaksanakan EKSA secara berterusan melalui budaya kerja berpasukan dan berdisiplin dengan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, bersih dan selamat disamping penerapan amalan hijau bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, sesuai dengan peranan ADTEC Batu Pahat sebagai pengeluar tenaga mahir negara.
Objektif
1
Mewujudkan budaya korporat yang positif dalam kalangan warga bagi memenuhi kehendak pelanggan.
2
Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, kreatif dan produktif.
3
Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan.
4
Mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan amalan hijau.