Pengerusi/ Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana
1
Menentukan hala tuju keseluruhan pelaksanaan EKSA.
2
Menentukan pelan tindakan pelaksanaan EKSA.
3
Menetapkan dasar, peraturan dan garis panduan.
4
Menentukan belanjawan dan sumber kewangan.
5
Melantik penyelaras, ketua jawatankuasa dan fasilitator.
6
Menetapkan sistem pengiktirafan atau penghargaan.
7
Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan.
8
Memantau kemajuan pelaksanaan EKSA melalui contoh amalan terbaik.
Penyelaras/ Penolong Penyelaras EKSA
1
Membantu membentuk pelan tindakan pelaksanaan EKSA dan memastikan ianya berjalan seperti mana yang dirancang.
2
Membantu menetapkan dasar, peraturan dan garis panduan EKSA.
3
Menjadualkan mesyuarat jawatankuasa pelaksanaan EKSA.
4
Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan audit dan keseragaman.
5
Menyelaras pelaksanaan EKSA.
6
Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan EKSA.
7
Membuat pembentangan dan penyelarasan audit persijilan EKSA.
8
Lain-lain tugas yang berkaitan dengan pelaksanaan EKSA.
Fasilitator EKSA
1
Memberi latihan dan panduan kepada Ketua Zon dan ahli.
2
Menentukan pembahagian zon.
3
Menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat terkini antara pihak pengurusan dan kumpulan pelaksana.
4
Menjadi pakar rujuk bagi pelaksanaan EKSA di jabatan.
5
Menyelaras dan memantau aktiviti EKSA yang dianjurkan.
6
Lain-lain tugas yang berkaitan dengan pelaksanaan EKSA.
Setiausaha EKSA
1
Menyelaras laporan EKSA.
2
Menyelaras sudut EKSA.
3
Menguruskan mesyuarat EKSA.
4
Memastikan semua dokumen berkaitan EKSA dikemaskini.
5
Lain-lain tugas yang berkaitan dengan pelaksanaan EKSA.
Jawatankuasa Audit EKSA
1
Menyediakan kriteria audit dalam EKSA.
2
Menentukan kekerapan aktiviti audit dalam EKSA.
3
Menyediakan laporan dan analisis keputusan audit dalam EKSA.
4
Melapor dan mewar-warkan keputusan audit kepada semua warga.
5
Menyemak kriteria audit dalam EKSA dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
6
Bertanggungjawab terhadap persediaan dan penyelarasan audit persijilan EKSA.
7
Lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan audit EKSA.
Jawatankuasa Latihan EKSA
1
Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti latihan bagi memupuk budaya EKSA kepada semua warga kerja dalam organisasi.
2
Mengenalpasti jenis latihan yang diperlukan dari semasa ke semasa bagi mengukuhkan aktiviti EKSA.
3
Menyelaras dan memastikan setiap warga kerja diberikan latihan EKSA secukupnya.
4
Menyelaras lawatan penandaarasan EKSA.
5
Lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan latihan EKSA.
Jawatankuasa Promosi EKSA
1
Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi EKSA.
2
Menyelaras serta mengendalikan aktiviti GO GREEN atau Recycle EKSA.
3
Mengenalpasti dan menguruskan aktiviti atau kempen promosi (seperti countdown board dan pertandingan logo EKSA) bagi memupuk kesedaran penyertaan untuk menjayakan pelaksanaan EKSA.
4
Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan.
5
Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran EKSA dalam kalangan warga jabatan atau agensi.
6
Lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan promosi.
Jawatankuasa Keseragaman EKSA
1
Menyediakan format label yang seragam bagi fail, pergerakan kakitangan, program penjimatan, ruang kerja dan lain-lain yang dirasakan perlu.
2
Menyelaras dan menetapkan susun atur ruang kerja.
3
Menyelaras dan menetapkan etika penggunaan bagi bilik atau ruang gunasama.
4
Menyelaras dan menetapkan tatacara penggunaan (SOP) bagi peralatan atau mesin gunasama.
5
Menyelaras dan memantau sudut EKSA dan sudut hijau (GO GREEN) bagi setiap zon dan peringkat induk.
6
Lain-lain aktiviti yang berkaitan yang memerlukan keseragaman.
Ketua Zon
1
Mengadakan mesyuarat secara berkala dengan ahli-ahli kumpulan.
2
Menggalakkan penglibatan semua ahli dalam pelaksanaan EKSA.
3
Merancang aktiviti kumpulan.
4
Memastikan semua ahli kumpulan mematuhi peraturan dan panduan yang disediakan.
5
Memberikan maklumbalas mengenai status pelaksanaan EKSA kepada fasilitator.
6
Membantu memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada ahli-ahli kumpulan.
7
Lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan pengukuhan dan pelaksanaan EKSA.
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat. © 2024 Hak Cipta Terpelihara.
Image