Lawatan Kerjasama Ke DayOne Data Centers Malaysia Sdn Bhd

Lawatan Kerjasama Ke DayOne Data Centers Malaysia Sdn Bhd

Delegasi ADTEC JTM Kampus Batu Pahat seramai 12 orang yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Latihan, Ts. Mohamad Noor bin Ismail bersama 3 orang pegawai daripada Johor Talent Development Council (JTDC) telah mengadakan lawatan ke DayOne Data Centers Malaysia Sdn Bhd yang berlokasi di Visitor Center DayOne, Nusa Jaya, Iskandar Puteri, Johor.

Lawatan ini merupakan kesinambungan usaha memperkasakan kerjasama industri di antara Jabatan Tenaga Manusia dan DayOne Sdn Bhd dalam menyediakan tenaga kerja mahir untuk mengendalikan pusat data melalui program latihan secara teori yang bertempat di ADTEC JTM Kampus Batu Pahat selama 1 bulan dan diikuti dengan praktikal di pusat data selama 5 bulan.

Melalui lawatan berdurasi hampir 3 jam ini, delegasi ADTEC JTM Kampus Batu Pahat dan USMI JTDC telah diberi penerangan, lawatan tapak dan sesi soal jawab mengenai pusat data oleh Miss Andrea Chan (Head of Talent Development, Singapore Branch), Miss Elaine Kwan (Senior Talent Development Specialist, Kuala Lumpur Branch) dan Ts. Mojamad Hakim Shabudin (Electrical Engineering Manager) bagi tujuan berikut:

  1. Meninjau pusat data yang bakal menjadi lokasi perantis.
  2. Memahami secara langsung fasiliti dan kemahiran yang diperlukan di pusat data.
  3. Merintis usaha mendapatkan pembiayaan kursus bagi perantis melalui kerjasama strategik dengan JTDC.

 

 

Related Articles