Image

Selayang Pandang

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat merupakan salah satu daripada 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

Rancangan Malaysia Ke-7

ADTEC Batu Pahat dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-7 di kawasan seluas 50 ekar di Jalan Tanjung Laboh, lebih kurang 8 km dari Bandar Batu Pahat. ADTEC Batu Pahat siap dibina mengikut jadual pada bulan Oktober 2000 dan memulakan operasi pada bulan Januari 2001 dengan bilangan pelatih seramai 113 orang dalam lima (5) bidang kursus.

Image
Image

Dirasmikan Oleh

ADTEC Batu Pahat telah dirasmikan serentak bersama 8 lagi buah ILJTM yang lain yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-7. Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Dato’ Seri Tuan Haji Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi. ADTEC Batu Pahat telah diwakilkan oleh YB Tuan Haji Ahmad Zahir Bin Jamil, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Dan Guna Tenaga, Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor Darul Takzim pada 11 Januari 2003.