Program Kerjasama Dengan Tomakomai KOSEN

Program Kerjasama Dengan Tomakomai KOSEN

Program Antarabangsa 'Cooperation Project to Implement Japanese Kosen's Approach in Providing Engineering and Technology Education' membuka peluang kepada enam tenaga pengajar ADTEC Batu Pahat untuk menjalani latihan di Tomakomai Kosen, Hokkaido, Jepun selama 2 minggu bermula 14 hingga 27 Julai 2024.

Program anjuran JICA ini telah memasuki siri yang ke-3 semenjak terjalinnya kerjasama latihan di antara ADTEC Batu Pahat dan National Institute Of Technology (KOSEN), Tomakomai College pada tahun 2022. Sehingga tahun 2024, seramai 11 orang pegawai ADTEC Batu Pahat telah menjejakkan kaki ke negara matahari terbit itu untuk mengikuti latihan di bawah program tersebut.

Semoga hubungan kerjasama ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan lagi pada masa akan datang demi manfaat bersama dan untuk meningkatkan kualiti latihan teknikal dan vokasional (TVET) di ILJTM khususnya di ADTEC Batu Pahat.

 

 

Related Articles