Pengenalan
Program Diploma Teknologi Elektronik (L02) diwujudkan dengan memberi tumpuan kepada teori dan praktikal serta pengurusan dalam bidang Teknologi Elektronik Industrial pada masa kini bagi memenuhi keperluan pekerjaan sektor industri yang mempunyai daya saing yang tinggi dipasaran pekerjaan. Di samping itu pelajar juga diharap berketrampilan untuk membuat pengujian, analisa kerosakan dan baikpulih peralatan elektronik, membuat pelbagai pengujian litar, merekabentuk, menganalisa litar elektronik dan membina papan litar bercetak (PCB), mengunakan PLC, sensor dan sistem hydraulic & pneumatic untuk pengawalan sistem automasi komplek, membuat pengaturcaraan dan merekabentuk sistem berasaskan microprocessor dan microcontroller, menjalankan penyelenggaraan kerosakan yang dilakukan ke atas peralatan elektronik (Preventive and Corrective Maintenance), menjalankan latihan amali yang melibatkan sistem telekomunikasi dan menjalankan aktiviti elektronik product quality anssurance.
Syarat Am Kemasukan
Warganegara Malaysia
Berumur 17 hingga 35 tahun
Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Syarat Khas Kursus
1. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam salah satu bidang berikut :
EE-021-3:2012: Troubleshooting, Pembaikpulihan & Penyelenggaraan Peralatan Elektronik; atau
EE-011-3: Juruteknik Kanan Elektronik Industri-Peralatan
2. Lulus dalam temuduga yang dijalankan.
Kaedah & Tempoh Latihan
Kaedah latihan berasaskan kemahiran merangkumi 60% amali dan 40% teori
Tempoh latihan ialah 1 Tahun 6 Bulan (2 semester latihan di institut dan 1 semester latihan di industri)
Yuran Pengajian
Yuran Pengajian - RM 3,000.00 setahun
Yuran Asrama - RM 616.00 setahun
Bayaran lain yang dikenakan semasa hari pendaftaran - anggaran RM 600 hingga RM 750 (one-off)
Pinjaman Latihan
Kemudahan pinjaman latihan disediakan (bagi yang layak) dengan memohon melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Persijilan
Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan dua (2) persijilan iaitu:
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) - ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Diploma Teknologi Elektronik - ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Peluang Kerjaya
Graduan program Diploma Teknologi Elektronik berpeluang menceburi kerjaya sebagai;
Technologist in Electronic Industry
R & D Technician
QA / QC Technician
Test Technician
Electronic Assembly Technician
Penolong Pegawai Latihan Vokasional
Lain-lain pekerjaan berkaitan.
Kemudahan/ Fasiliti
Antara kemudahan/ fasiliti yang disediakan ialah:
Makmal CAD DRAFTING
Makmal CBT
Makmal Fault Finding
Makmal PLC
Makmal Sensor
Makmal Microcontroller
Makmal Elektrorik Sistem
Makmal Pneumatik
Makmal Hydraulik
Makmak Elektrikal
Makmal Automation Control
Makmal Fabrikasi
Makmal Analog
Makmal Digital
Bilik Seminar
Kurikulum
Kurikulum Diploma Teknologi Elektronik (L02) menawarkan kursus-kursus berikut:
Semester 4 | Semester 5 | Semester 6 |
---|---|---|
|
|
|