GERBANG INFORMASI INDUSTRI

Menghadiri serta menjalani Latihan Industri adalah dianggap sebagai suatu pendedahan yang amat penting dan berguna bagi semua pelajar. Sehubungan dengan itu, para pelajar yang bakal memasuki pasaran pekerjaan, wajar sekali diberi pendedahan awal terhadap beberapa elemen penting yang berkait rapat dengan alam pekerjaan serta teknologi terkini. Pengalaman bekerja melalui pendedahan sebenar suasana di industri sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dalam menyesuaikan diri apabila menyertai alam pekerjaan kelak.

Objektif latihan industri yang diwajibkan kepada pelajar semester akhir adalah:

  • Untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berhubung dengan suasana pekerjaan sebenar, etika kerja serta pendedahan kepada teknologi terkini yang digunapakai oleh pihak industri.

  • Membolehkan semua kemahiran yang telah para pelajar perolehi dapat digunapakai, disamping menimba pengalaman baru di industri.

  • Memberi peluang kepada pihak industri serta Panel Jawatankuasa Penasihat Teknikal ILJTM untuk membuat penilaian terhadap tahap dan kualiti latihan yang dijalankan seterusnya memberi cadangan untuk menambahkan kurikulum latihan yang dijalankan seterusnya bagi memenuhi keperluan pihak industri agar ianya selari dengan perubahan teknologi.

  • Sebagai salah satu media untuk memperkenalkan ILJTM serta produk ILJTM kepada sektor industri yang berkaitan.

  • Untuk membolehkan para pelajar menimba pengalaman dan pengetahuan melalui penglibatan secara langsung dalam berbagai skop pekerjaan diindustri seperti perancangan, rekabentuk, pembinaan dan pentadbiran projek.

  • Memberi pendedahan serta pengalaman kepada para pelajar menulis atau membuat laporan teknikal yang lengkap dan teratur.

Sejajar dengan hasrat Kerajaan dalam Teras Strategik ke-5 Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) untuk meneruskan agenda menghasilkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan memiliki sikap positif untuk terus maju dalam ekonomi global, JTM dan ILJTM terus memperkukuhkan hubungan dengan pihak luar seperti syarikat-syarikat swasta, agensi/jabatan kerajaan, IPTA/IPTS serta organisasi-organisasi yang terdapat di Malaysia bagi mencapai hasrat kerajaan iaitu menghasilkan modal insan bertaraf dunia yang diperlukan Malaysia untuk menjadi negara maju

  • Kenyataan hasrat kerjasama antara JTM dengan syarikat swasta/agensi kerajaan/IPT.

  • Kerjasama dalam pelbagai bidang berkaitan latihan, perkongsian teknologi, Blue Ocean Strategy (BOS), pembangunan sumber manusia dan lain-lain.

  • Skop kerjasama memberi impak yang besar kepada Jabatan dan Institut.

  • Kenyataan hasrat kerjasama antara ILJTM dengan syarikat swata/agensi kerajaan/lPT.

  • Kerjasama dalam pelbagai bidang berkaitan penempatan latihan industri, perkongsian teknologi & pembangunan pengajar yang bersifat domestik.

  • Skop kerjasama memberi impaktinggi kepada institut berkaitan.

  • Training cum Production (TCP) merupakan satu perkhidmatan kepakaran yang disediakan oleh ILJTM kepada individu atau syarikat selain daripada latihan sepenuh masa dan kursus separuh masa.

  • Teaching Factory (TF) merupakan suatu konsep pembelajaran di ILJTM yang berasaskan industri yang merujuk kepada standard dan prosedur sebenar di industri. Pelaksanaan TF di ILJTM mampu mendedahkan para pelajar dengan keperluan dan suasana di industri.

  • Perkhidmatan TCP/TF bolem merangkumi empat (4) perkara seperti sewaan mesin, khidmat nasihat, pembuatan produk; dan kerja-kerja servis, pendawaian & pembinaan.